Make your own free website on Tripod.com

Laman UtamaSurau Ar-Rahman | Sekolah KAFA | Tabung Derma  | hubungi kami | 
 

 

SEKOLAH KAFA INTEGRASI

Sekolah KAFA Integrasi Bukit Rahman Putra telah beroperasi mulai tahun 2001. Ia menjalankan kelas-kelas pengajian agama kepada murid-murid dari darjah 1 hingga darjah 6. Sekolah ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan mengikut kurikulum yang disediakan oleh JAIS. Sekolah ini bernaung dibawah Persatuan Penduduk Islam Jalan Tujuh dan Jemaah Pentadbir dilantik daripada kalangan ahli Persatuan Penduduk Islam Jalan Tujuh.

Pada masa ini, terdapat seramai 400 murid mengikuti pelajaran di sekolah tersebut. Kesemua murid-murid adalah anak-anak penduduk yang tinggal di Bukit Rahman Putra dan kawasan sekitarnya, iaitu dari Bandar Baru Sg Buloh, Kampung Matang Pagar dan Saujana Akasia.

Tadika Seri Murni
Di dalam kelas

Pada tahun 2001 dan 2002, sekolah KAFA Integrasi telah menggunakan sebahagian dari bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra. Tetapi apabila bilangan murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra bertambah dan sekolah tersebut bertukar menjadi sekolah 2 sesi (pagi dan petang), Sekolah KAFA Integrasi terpaksa berpindah ke lokasi baru.

Pada masa ini Sekolah KAFA Integrasi menyewa sebahagian bangunan Tadika Seri Murni yang terletak di sebelah Surau Ar-Rahman dengan kadar sewa RM3600 sebulan.

 
     

Dimiliki oleh PERSATUAN PENDUDUK ISLAM BUKIT RAHMAN PUTRA SUNGAI BULOH SELANGOR (No Pendaftaran Pertubuhan : 765)
No 121 Jalan BRP 7/3 Bukit Rahman Putra 47000 Sungai Buloh Selangor Darul Ehsan (Tel : 03 61578488)
Laman Web ini masih dalam pembinaan. Maaf atas sebarang kesulitan
Sila laporkan sebarang masalah melayari laman web ini kepada webmaster di esasudin@time.net.my
Copyright reserved jalantujuh.com.my 2002